Sinopsis Kudeta (drama)

Mengisahkan tentang Mariam Imran yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri wanita pertama di Masraya bagi menggantikan bekas Perdana Menteri ketika itu, Jamal yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah yang dilakukan. Berikutan peristiwa tersebut, Mariam terpaksa bergabung dengan parti yang goya bagi mengelakkan rampasan kuasa dan terus mengekalkan kuasanya. Dalam tempoh seminggu pertama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, pelbagai isu terjadi seolah-olah rakyat dan pemimpin yang menentangnya mempersoal dan meragui kerajaan baru dibawah naungannya.

Tekanan berterusan diterima apabila berlaku penambahan ahli baru serta berlaku konflik kehidupan peribadi bersama suaminya, Yusuf. Sedikit sebanyak menjejaskan emosinya yang mana sekiranya tidak dibendung pastinya mampu mempengaruhi setiap keputusannya sebagai Perdana Menteri. Adakah pada akhirnya kerajaan yang baru dinaikkan ini akan tumbang dan berlaku penggulingan serta rampasan kuasa daripada musuh politik beliau?